Previous Next

SESI LAPOR DIRI STAF BAHARU DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

Bagi pihak UMPSA, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada calon yang telah berjaya dalam sesi temuduga yang telah dijalankan baru-baru ini. Semoga budaya kerja yang cemerlang menjadi teras dalam diri setiap individu di UMPSA. Berikut adalah maklumat pegawai yang telah melapor diri pada 15 November 2023.

LANTIKAN TETAP & KONTRAK

AKADEMIK

Siti Asma' Binti Yaacob, Guru Bahasa Gred DG41, Pusat Bahasa Moden

PENTADBIRAN

1. Naquiyah Nadhirah binti Zulbahri, Pegawai Tadbir Gred N4, Pusat Sains Kemanusiaan

2. Norfariza binti Mohd Saim, Pegawai Tadbir Gred N41, Jabatan Bendahari

3. Nor Farrah Waheeda binti Zulkiffly, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, FTKPM

4. Rizwan Zamier bin Mohd Rahim, Pemandu Kenderaan Gred H11, Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta

IKHTISAS

Dzul Iskandar Bin Muhamad Fauzi, Pembantu Eksekutif Pentadbiran, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat

Sesi lapor diri ini dimulakan dengan taklimat aplikasi dan sistem UMPSA yang akan digunakan sepenuhnya oleh pegawai bagi pelbagai urusan termasuk urusan permohonan cuti, pengesahan majikan dan lain-lain urusan berkaitan yang disampaikan oleh Puan Rodiah binti Ab. Hamid Unit Perkhidmatan.

Sesi lapor diri staf ini diakhiri dengan serahan Pas Pekerja & Surat Tawaran Asal oleh Ketua Ketua Unit Perjawatan Pentadbiran, Puan Yusmaliza Kamela binti Mohamed Ali.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada staf yang telah dilantik dan selamat memulakan tugas dengan penuh semangat serta dedikasi dan selamat maju jaya.


Print   Email