Sesi Menandatangani Watikah Persaraan Cik Nor Hayati Binti Mohd Noh & Encik Ahmad Nasaruddin Bin Sulaiman
Pada 22 Disember 2017 (Jumaat), jam 10.30 pagi telah berlangsungnya sesi Menandatangani Watikah Persaraan di antara pesara dan wakil Pengurusan Universiti yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Akademik, UMP Kampus Gambang.
Sesi menandatangani watikah persaraan ini melibatkan dua orang staf yang bakal bersara iaitu Cik Nor Hayati binti Mohd Noh dari Jabatan Bendahari dan juga Encik Ahmad Nasaruddin bin Sulaiman dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan. Kedua-dua staf ini akan bersara secara rasminya pada 1 januari 2018 (Cik Norhayati Binti Mohd Noh) dan 2 Januari 2018 (Encik Ahmad Nasaruddin Bin Sulaiman). Tujuan utama sesi ini diadakan adalah simbolik berakhirnya perkhidmatan pegawai selaku kakitangan awam di UMP.
Kami mewakili seluruh warga UMP mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan oleh Cik Nor Hayati binti Mohd Noh dan Encik Ahmad Nasaruddin bin Sulaiman sepanjang berkhidmat di UMP. Selamat menempuhi alam persaraan dan semoga ikatan terjalin sentiasa akrab buat selamanya.
Disediakan oleh : Nor Farrah Waheeda Binti Zukilffly Bahagian Pengurusan Sumber Manusia