Bengkel Training of Trainers (TOT) Pelaksanaan HRMIS Siri 4 Universiti Awam Tahun 2017
Pada 8 hingga 11 Ogos 2017, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengadakan Bengkel Training Of Traniers (TOT) Pelaksanaan HRMIS Siri 4 Universiti Awam Tahun 2017 di Institut Latihan FAMA (ILFPD), Port Dickson Negeri Sembilan.
Setiap universiti diwakili seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada pentadbir HRMIS di Universiti Awam. Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menghantar wakil dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar iaitu Puan Yusmaliza Kamela Binti Mohamed Ali, Puan Rodiah Binti Abd Hamid dan Cik Amira Mursyida Binti Abdul Jamil.
Bengkel yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu merangkumi sesi Pengemaskinian Data Perjawatan, Taklimat & Pengemaskinian Perisytiharan Harta, Taklimat & Pengemaskinian lntegriti Data, Taklimat dan Aktiviti Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Taklimat Penamatan Perkhidmatan Wajib, Pilihan dan Kematian.
Disediakan oleh : Amira Mursyida Binti Abdul Jamil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)