Taklimat Pengenalan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) antara Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UMP, Encik Abd Hamid Bin Majid bersama YBrs. Encik Mohd Fuad Bin Kamal Ariffin
Pada 24 Ogos 2017 (Khamis) jam 9.30 pagi bertempat di Impiana KLCC Hotel telah berlangsungnya taklimat pengenalan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) antara Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi Universiti Malaysia Pahang, Encik Abd Hamid Bin Majid bersama ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang yang baharu iaitu YBrs. Encik Mohd Fuad Bin Kamal Ariffin (Wakil Swasta).
YBrs. Encik Mohd Fuad Bin Kamal Ariffin (Wakil Swasta) dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang berkuat kuasa mulai 1 September 2017 sehingga 31 Ogos 2020.
Disediakan oleh : Muhamad Ridzuan Bin Sukri Unit Pengurusan Governan (UPG)