Taklimat Pengenalan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) antara Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UMP, Encik Abd Hamid Bin Majid bersama YBhg. Dato' Azita Binti Abd Rahman
Pada 15 Ogos 2017 (Isnin) jam 8.30 malam bertempat di Shangri-La Hotel Putrajaya telah berlangsungnya taklimat pengenalan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) antara Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi Universiti Malaysia Pahang, Encik Abd Hamid Bin Majid bersama ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Nor Azita Binti Abd Rahman (Wakil Masyarakat).
YBhg. Dato’ Nor Azita Binti Abd Rahman (Wakil Masyarakat) dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2017 sehingga 14 Ogos 2020.
Disediakan oleh : Muhamad Ridzuan Bin Sukri Unit Pengurusan Governan (UPG)