Official Portal

JABATAN PENDAFTAR

Khidmat Pengurusan

Fungsi dan Bidang Tugas :

1. Pengurusan Kemudahan Staf

  • Merancang dan menguruskan hal-hal berkaitan perubatan staf dari segi penyediaan polisi, garis panduan dan tuntutan rawatan staf meliputi rawatan klinik panel, bukan klinik panel, pergigian dan rawatan khas seperti homodialisis, jantung dan lain-lain rawatan yang layak dituntut oleh staf sepertimana yang telah ditetapkan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
  • Menguruskan permohonan staf ke Luar Negara (lawatan rasmi/tidak rasmi) sepertimana yang telah ditetapkan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan kemudahan pakaian seragam staf UMP.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan Pensyarah Bukan Warganegara (ekspatriat).
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan perumahan staf UMP.

2. Pengurusan Kebajikan Staf

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana pemberian khairat kematian staf meliputi pengurusan wang khairat dan pengurusan jenazah.
  • Merancang dan menguruskan pelaksanaan Tabung Amanah Kebajikan Staf UMP.
  • Menyelaras dan menguruskan pemberian subsidi yuran TASKA dan TADIKA kepada semua staf UMP yang layak dalam urusan tuntutan oleh staf dan pembayaran kepada pihak pengusaha TASKA dan TADIKA yang beroperasi di UMP.
  • Menyelaras dan menguruskan dari segi kutipan dan sumbangan daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi setiap musibah yang dialami oleh staf yang dilaporkan.

3. Pengurusan Kewangan di Jabatan Pendaftar

  • Merancang, menyelaras dan menguruskan perancangan bajet operasi dan tahunan.
  • Menyelaras dan menguruskan aset dan inventori.
  • Merancang dan menguruskan pembelian mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan.
  • Menguruskan tempahan tiket kapal terbang bagi staf baharu lapor diri dan staf cuti belajar berdasarkan permohonan dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan universiti termasuk dari segi kawalan pergerakan, servis berkala, tuntutan baik pulih termasuk pengurusan kad inden dan Kad Touch'N Go.
  • Menyelaras dan menguruskan tuntutan bayaran khidmat hantaran cepat (kurier) seperti Pos laju dan ABX.

4. Pengurusan Hal-hal Pentadbiran di Jabatan Pendaftar

  • Merancang, menyelaras dan menguruskan perkhidmatan Pos dan Kurier di Pusat Mel UMP dari segi penyediaan garis panduan dan tatacara pelaksanaan dalam urusan pengoperasian harian dengan menetapkan jadual tugasan dan skop kerja Pembantu Operasi.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan rekod dan arkib universiti mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan aduan meliputi kerosakan peralatan, fasiliti dan aspek kebersihan dan keemasan dalam pejabat.
  • Menguruskan dalam hal-hal berkaitan Smart Card staf meliputi urusan penyediaan, pengkatifan dan aduan kerosakan.
  • Menguruskan penetapan hierarki staf dalam Sistem IMS mengikut arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
  • Merancang dan menyelaras dalam hal-hal berkaitan pengwujudan dan penambahbaikan sistem-sistem atas talian yang melibatkan fungsi dan bidang tugas bahagian.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan mesyuarat-mesyuarat utama universiti. Antaranya, Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Mesyuarat JK Perumahan Universiti, Mesyuarat JK Pakaian Seragam UMP dan Mesyuarat JK Perubatan UMP.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan majlis-majlis rasmi universiti mengikut arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

5. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Peta Laman      

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov