Official Portal

JABATAN PENDAFTAR

Lawatan Penanda Aras Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

     Pada 28 Ogos 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pendaftar UMP Pekan, pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima kunjungan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mengadakan lawatan penanda aras.

 

rsz azr 1643

rsz azr 1646

 

Lawatan dari Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti), UTeM tersebut adalah sebagai satu inisiatif bagi mendapatkan tanda aras untuk memperbaharui atau mempertingkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga UTeM khususnya.

 

4  12

13  17

 

Pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dari UMP turut serta bagi sesi perkongsian idea antaranya Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta (JPPH), Bahagian Keselamatan (BKES), Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Kualiti (JHKK), Unit Kecekapan Tenaga dan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO). Lawatan tersebut tamat pada jam 1.00 tengah hari dan diakhiri dengan jamuan makan.

 

 

 

 

  Disediakan oleh : Nor Fadzillah Binti Zulkipli                                                                                                                                                                                                                                                     Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Peta Laman      

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov