Official Portal

JABATAN PENDAFTAR

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Pahang

          Pada 26 Julai 2017 (Rabu), jam 11 pagi telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pendaftar bagi tahun 2017 yang diadakan di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan disambut meriah oleh para warga kampus dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan seperti nasi dagang, bihun sup, laksa penang, roti jala, ketupat & rendang, sate, lemang, pelbagai kek serta kuih muih sebagai pemanis mulut.

 

11

 

        Sambutan hari raya tahun ini disertai oleh gabungan pentadbiran di bawah Jabatan Pendaftar iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Governan, Bahagian Pentadbiran UMP Kampus Gambang dan Unit Perundingan & Bantuan Staf (EAP).

 

        Majlis yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama staf. Majlis ini diserikan dengan sedikit kelainan iaitu dendangan lagu-lagu raya secara karaoke dan cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir serta staf Jabatan Pendaftar. Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini masih terasa kegembiraannya walaupun Syawal telah berlalu. Majlis sambutan hari raya tersebut tamat pada jam 3.30 petang.

 

Detik-detik sepanjang majlis.

 

22    33

44    55

66    77

99    88

 

 

Disediakan oleh : Noraini Binti Sulaiman                                                                                                                                                                                                                                                            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Peta Laman      

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov