Pengenalan Pentadbiran UMP Pekan

on . Posted in Pentadbiran UMP Pekan

Pembangunan UMP sebagai universiti teknikal di Pekan amat tepat dan bertepatan dalam usaha mempertingkatkan pembangunan industri minyak, gas, dan petrokimia di kawasan Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan di Kawasan Perusahaan Automotif di Pekan. Sejajar dengan keperluan itu operasi secara tetap di Kuala Pahang Pekan telah dijalankan bermula julai 2009 dengan kapasiti staf dan pelajar hampir seramai 100 orang.

Selaras dengan perkembangan semasa, Bahagian Pentadbiran UMP Pekan di bawah Jabatan Pendaftar, kini dianggotai seramai 6 orang staf menjalankan peranannya sebagai penggerak dalam memacu pentadbiran dan operasi keseluruhan di UMP Pekan, kini dengan lanskap perubahan dan kepesatan pembangunan kampus terancang telah mengorak langkah kehadapan dengan pertambahan kemudahan dan bilangan staf dan pelajar hampir mencecah 3000 orang. Menyahut cabaran untuk melestarikan perkhidmatan cemerlang melangkaui keperluan pelanggan selaras dengan peraturan dan polisi yang ditetapkan, Bahagian Pentadbiran UMP Pekan terus komited bersama warga UMP Pekan seiring dengan kemajuan dan pencapaian universiti.

social media

Hubungi Kami Melalui

facebook-circle-logo1  twitter1