Official Portal

REGISTRY

Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (UA) Bil.2/2017

24 Mei 2017 (Rabu)

 

Pada jam 8.00 malam bertempat di Ancasa Royale Hotel, Pekan telah berlangsungnya jamuan makan malam bersama Pendaftar Universiti Awam sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (UA) Bil.2/2017. Majlis makan malam tersebut dihadiri oleh Pendaftar, Wakil Pendaftar dan beberapa orang Pegawai dari Universiti Awam. 

 

Detik-detik sepanjang jamuan makan malam.

 

 Gambar 1    Gambar 2

 Gambar 3      Gambar 4

 

Pada jamuan makan malam tersebut turut diadakan satu kejutan kepada Pendaftar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim yang akan tamat kontrak perkhidmatan beliau pada Julai 2017.

 

Gambar 5

 

25 Mei 2017 (Khamis)

 

Pada jam 9.00 pagi diselitkan Program Penanaman Pokok Bersama Pendaftar dan Wakil Pendaftar dari Universiti Awam sebelum bermulanya Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (UA) Bil.2/2017 berhampiran kawasan menara jam Universiti Malaysia Pahang Pekan. Program penanaman pokok ini merupakan usaha bagi mengekalkan kehijauan serta keindahan sekitar kampus. Sebanyak 17 batang pokok telah ditanam pada hari tersebut. Antaranya ialah pokok Bungor, Tamalan, Blackwood Tree dan Pancut-pancut.

 

Detik-detik sepanjang program penanaman pokok.

 

Gambar 6

 

Gambar 7

 

Setelah selesainya Program Penanaman Pokok, maka Mesyuarat Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (UA) Bil.2/2017 telah berlangsung pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Pekan. Mesyuarat tersebut tamat pada jam 1.00 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. 

 

Detik-detik sepanjang mesyuarat.

 

Gambar 8

 

Gambar 9

 

 

 

  Disediakan oleh : Muhamad Ridzuan Bin Sukri                                                                                                                                                                                                                                                 Unit Pengurusan Governan (UPG)

 

 

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov