Portal Rasmi

JABATAN PENDAFTAR

Program Manager's Retreat UMP 2017 (MR'17)

IMG 4671

YH. Profesor Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim, Naib Canselor UMP bersama Pengurus-pengurus UMP.

 

                Program Manager's Retreat UMP 2017 (MR'17) telah diadakan pada 10-12 Februari 2017 di Resorts World Kijal, Terengganu. Program ini telah disertai oleh 75 orang Pegawai Tadbir Universiti Malaysia Pahang (Gred 41-54). Program yang telah menghimpunkan kesemua pentadbir di UMP ini diadakan selama tiga hari dua malam dan telah dirasmikan oleh YH. Profesor Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang. Program anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar ini turut memberikan penjenamaan semula Pentadbir UMP kepada Pengurus UMP.

Objektif utama program ini diadakan ialah membolehkan semua Pengurus (Gred N41-N54) di UMP bekerjasama dalam menilai semula prestasi pencapaian Pelan Strategik UMP 2011-2015 yang telah dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan dan pencapaian Pelan Strategik UMP 2016-2020 dapat direalisasikan dengan efektif dan efisyen. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk memberi pendedahan dan tumpuan kepada meningkatkan daya saing diri, kepimpinan dan inovasi pengurus dalam melaksanakan pengurusan universiti dan mencapai matlamat serta objektif pelan strategik. Di samping itu juga, program ini dapat memperkukuhkan pengurusan kerja berpasukan dan hubungan komunikasi yang baik serta berkesan bagi mewujudkan suasana harmoni di dalam organisasi serta meningkatkan pengetahuan dan daya pemikiran analitikal dalam kalangan para pengurus UMP.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program. Antaranya ialah 'Management games dan explorace'. Games dan explorace yang dijalankan ini telah memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, mengeratkan silaturahim dan memberi peluang kepada pengurus untuk menyuarakan pendapat serta idea bagi menambahbaik proses serta SOP pentadbiran di UMP.

Selain itu, pengurus UMP turut berpeluang mengikuti dan mendengar Forum yang bertajuk 'Realiti Pentadbir Masa kini: Pemikiran Global' yang disampaikan oleh YBhg. Dr Hajah Zahrah Binti Mokhtar, Mantan Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UITM) dan YBhg. Puan Norpisah Binti Mat Isa, Pendaftar Universiti Perdana. Forum ini telah memberi dimensi baru kepada pengurus UMP supaya mempunyai pemikiran yang kreatif dalam memartabatkan UMP sebagai Universiti Teknologi bertaraf dunia.

Seterusnya ialah Slot 'COO Address'. Slot ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Hamid Bin Majid, Pendaftar Universiti Malaysia Pahang. Dalam slot ini, beliau menegaskan bahawa menjadi satu kewajipan dan kemestian bagi semua pengurus UMP untuk mengukuh dan memikirkan semula peningkatan ilmu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills), kebolehsesuaian (adaptability) dan daya tahan (resilience) diri supaya menjadi seorang pengurus yang relevan dengan keperluan dan perkembangan UMP serta keperluan dan perkembangan global.

Akhir sekali, pengurus UMP turut mendengar dan mengikuti Slot 'CEO Keynotes'. Slot ini disampaikan oleh YH. Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang. Dalam Slot ini, beliau berkata, semua pengurus UMP perlu bertindak proaktif serta beralih dari paradigma lama bagi membentuk budaya baru yang mengutamakan inovasi dan penciptaan serta pemerkasaan intelektual dan professionalisme dalam mencapai agenda Pelan Strategik UMP.

 

Detik-detik sepanjang Program Manager's Retreat UMP 2017

IMG 4522   IMG 4839   IMG 4860  

                                                   IMG 4974

 

Disunting oleh : Siti Farhana binti Mansor                                                                                                                                                                                                                                                      Unit Pengurusan Governan (UPG)                                                                                                                                                                                                                                           

 

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov