Portal Rasmi

JABATAN PENDAFTAR

Lawatan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) ke UMP Pekan Sempena Mesyuarat LPU Bil. 6/2016

Pengurusan Tertinggi

YH. Profesor Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim, Naib Canselor UMP bersama YH. Dato' Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, Pengerusi LPU diiringi oleh Encik Abd. Hamid Bin Majid, Pendaftar UMP.

 

              Lawatan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) telah diadakan pada 8 & 9 Disember 2016 baru-baru ini di UMP Pekan, Pahang. Lawatan ini diadakan bersempena Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil.6/2016 pada 9 Disember 2016. Lawatan ini telah disertai oleh beberapa orang ahli Lembaga Pengarah Universiti dan pengurusan universiti. Antara Ahli LPU dan ex-officio LPU yang hadir ialah YH. Prof. Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim, YH. Dato' Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, YH. Dato' Haji Azmey Bin Haji Abu Talib, YBrs. Tuan Haji Ahmad Zakie Bin Haji Ahmad Shariff, YBrs. Dr. Aishah Binti Abu Bakar, YBhg. Datuk Aishah Binti Shaikh Ahmad, YH. Prof. Dato' Dr. Ishak Bin Ismail, YBhg.Prof. Dato' Dr. Rosli Bin Mohd Yunus, YBhg. Prof. Dr. Mashitah Binti Yusoff, YH. Prof Dato' Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, YBrs. Encik Abd. Hamid Bin Majid, YBrs. Encik Zainudin Bin Othman dan YBhg. Datin Wan Maizurina Binti Wan Othman.

 

8 Disember 2016 (Khamis)

Pada jam 8.00 malam di Lobi Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan telah diadakan Dialog LPU bersama Majlis Perwakilan Pelajar. Dialog bersama LPU ini berjalan lancar selama 1 jam dan pelbagai perkongsian menarik oleh Ahli LPU kepada Majlis Perwakilan Pelajar. Setelah selesai slot Dialog LPU bersama MPP, kesemua jemputan di jemput ke Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak untuk menikmati makan malam. Majlis Makan Malam LPU ini disertai oleh Ahli LPU, Pengurusan Universiti, Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Urusetia (FKP, PNC, UPG).

 

Detik-detik sepanjang Dialog LPU bersama Majlis Perwakilan Pelajar

Dialog   NFL3853   NFL3801

 

Detik-detik sepanjang Majlis Makan Malam LPU

 NFL3887   NFL3903   NFL3886

 

9 Disember 2016 (Jumaat)

Lawatan Lembaga Pengarah Universiti diteruskan lagi pada hari Jumaat yang mulia dengan Program Penanaman Pokok Bersama LPU di kawasan Menara Jam UMP Pekan. Program penanaman pokok ini merupakan usaha bagi mengekalkan kehijauan serta keindahan sekitar kampus. Sebanyak 14 batang pokok telah ditanam pada hari tersebut. Antaranya ialah Bungor, tulip Afrika dan Angsana.

Setelah selesainya Program Penanaman pokok, Ahli LPU dan pengurusan universiti meneruskan lawatan mereka ke Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Semasa lawatan mereka di FKP, mereka telah dipersembahkan dengan tayangan Montaj Pengenalan Fakulti dan tayangan Video Ringkas Solar Car sambil menikmati sarapan pagi. Pada jam 10.30 pagi, mereka membuat lawatan ke Makmal Fakulti Kejuruteraan Pembuatan. Antara yang dilawati ialah Makmal Advance Machining, Makmal Turning, Makmal Miling & Robot, Solar Car dan juga Laser. Mereka kemudiaannya menjamu hidangan tengahari yang telah disediakan oleh pihak FKP pada jam 12.00 tengahari.

Pada jam 2.30 petang, Ahli LPU serta ex-officio LPU berkumpul di Bilik Mesyuarat LPU, Aras 3, Canseleri Tun Abdul Razak UMP Pekan untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil.6/2016. Mesyuarat itu telah berlangsung selama 3 jam.

 

Detik-detik sepanjang Program Penanaman Pokok bersama LPU

                               NFL4074     NFL3971

 

Detik-detik sepanjang Lawatan LPU ke Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)

  NFL4164   NFL4211   NFL4237

 

 

 Disediakan oleh : Siti Farhana binti Mansor                                                                                                                                                                                                                                                      Unit Pengurusan Governan (UPG)

 

 

 

 

 

 

 

 

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov