Portal Rasmi

JABATAN PENDAFTAR

Majlis Penyerahan Watikah Persaraan Puan Nazatul Shima Binti Baroji

DSC 0200

 

               Majlis penyerahan watikah persaraan Puan Nazatul Shima Binti Baroji telah diadakan pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat LPU Aras 3, Canseleri Tun Abdul Razak, UMP Pekan. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa Puan Nazatul Shima selama beliau berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang (1 Okt 2005- 21 Okt 2016). Beliau telah dilantik sebagai Pustakawan S41 mulai 1 Okt 2005 dan telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pustakawan S44 pada 15 Mei 2014.

 

Majlis yang serba ringkas tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri oleh Yang Hormat Profesor Dato' Dr Rosli Muhd Yunus, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Yang Hormat Profesor Dato' Dr Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Yang Berusaha Encik Abd Hamid Bin Majid, Pendaftar UMP, pegawai-pegawai utama universiti, ketua-ketua jabatan dan yang dirai, Puan Nazatul Shima Binti Baroji. Majlis dimulai dengan satu tayangan montaj ringkas hasil sumbangan idea dari rakan sekerja Puan Nazatul sendiri dari perpustakaan. Seterusnya, Yang Hormat Profesor Dato' Dr Rosli Muhd Yunus, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa menyampaikan sepatah dua kata diikuti dengan Puan Nazatul Shima.

 

Detik-detik sepanjang majlis

DSC 0221     DSC 0214

 

Disediakan oleh: Siti Farhana binti Mansor                                                                                                                                                                                                                                                      Unit Pengurusan Governan (UPG)                                                                                                                                                                                                                

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov