Portal Rasmi

JABATAN PENDAFTAR

Majlis Makan Malam Penghargaan kepada Mantan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang

 

  YBhg. Datuk Aminar Rashid Bin Salleh

 

         Majlis makan malam jasa di kenang telah diadakan pada 8 Ogos 2016 (Isnin) bertempat di Halia Restaurant Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang telah tamat tempoh pelantikannya iaitu YBhg. Datuk Aminar Rashid Bin Salleh. Beliau telah dilantik sebagai Ahli LPU mulai 1Ogos 2010 hingga 31 Julai 2016.


        Majlis yang serba ringkas tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti dan pengurusan universiti. Majlis dimulai dengan penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh YH. Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib, pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YH. Prof. Dato’ Dr’ Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim, Naib Canselor UMP kepada mantan Ahli LPU. Dalam majlis ini, mantan Ahli LPU telah menyampaikan sepatah dua kata dan amanat kepada Ahli Lpu yang lain dan kepada pihak Universiti.

 

Detik-detik sepanjang majlis.

 

    

 

Disediakan oleh : Siti Farhana binti Mansor                                                                                                                                                                                                                                                     Unit Pengurusan Governan (UPG)                                                                                   

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov