Official Portal

REGISTRY

Majlis Jasa Dikenang & Apresiasi Staf Dan Felo Tamat Pengajian

     Pada 18 Disember 2017 (Isnin), telah berlangsungnya Majlis Jasa Dikenang & Apresiasi Staf Dan Felo Tamat Pengajian Tahun 2017 yang diadakan di Astaka, UMP Gambang. Seramai enam orang pesara, dua diantarannya telah meninggal dunia dalam perkhidmatan. 10 orang Graduate on Time dan 103 orang staf tamat pengajian yang diraikan di dalam majlis ini.

 

MAJLIS JASA DIKENANG APRESIASI STAF DAN FELO TAMAT PENGAJIAN 3

 

     Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai pesara yang telah bersara bagi tahun 2017 serta memberi penghargaan kepada staf telah tamat pengajian dengan jayanya.

 

MAJLIS JASA DIKENANG APRESIASI STAF DAN FELO TAMAT PENGAJIAN 4

 

     UMP juga telah mengambil iniasatif dengan mewujudkan Kad Korporat Alumni kepada staf UMP yang bersara di UMP dan yang pernah berkhidmat dengan UMP. Kad ini bertujuan sebagai pengenalan diri bekas staf UMP untuk mendapatkan kemudahan dan hendaklah ditunjukkan kepada Jabatan yang berkenaan apabila berurusan.

 

MAJLIS JASA DIKENANG APRESIASI STAF DAN FELO TAMAT PENGAJIAN 1

 

MAJLIS JASA DIKENANG APRESIASI STAF DAN FELO TAMAT PENGAJIAN 5

 

     Kami mewakili seluruh warga UMP mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan oleh pesara-pesara UMP dan tahniah kami ucapkan kepada staf dan felo yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

 

 

 

 

   Disediakan oleh : Nor Farrah Waheeda Binti Zukilffly                                                                                                                                                                                                                                       Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov