Official Portal

REGISTRY

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMP 1439H / 2017

    Pada 20 Disember 2017 (Rabu) bersamaan 30 Rabiulawal 1439 Hijrah, pada jam 8.00 pagi telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Pahang bertempat di Dataran Pusat Aktiviti Pelajar dan Masjid UMP Kampus Pekan yang telah dirasmikan oleh YH. Professor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.

     Sambutan Maulidur Rasul ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang bertujuan untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan pelbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

 Sambutan Maulidur Rasul 1

 

     Majlis bermula dengan perarakan besar-besaran sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W oleh semua peserta yang mewakili setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Malaysia Pahang.

 

Sambutan Maulidur Rasul 3          Sambutan Maulidur Rasul 2

 

     Selepas berakhir perarakan tersebut, majlis diteruskan dengan ceramah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara" oleh Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Hafiz Bin Mansor, Eksekutif Kanan dari Jabatan Syariah Dan Pematuhan Halal, Institut Kemajuan Islam Malaysia, Panelis Radio Ikim FM.

 

Sambutan Maulidur Rasul 4

 

     Perarakan Maulidur Rasul Jabatan Pendaftar yang diketuai oleh Encik Wan Abdul Rashid bin Wan Abdul Rahman muncul sebagai pemenang tempat ke-2 dan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500 dengan kutipan mata sebanyak 83 markah.

 

Sambutan Maulidur Rasul 5

Sambutan Maulidur Rasul 6

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua staf Jabatan Pendaftar yang memberi sokongan dan penglibatan samada secara langsung atau tidak langsung.

 

 

 

  Disediakan oleh : Amira Mursyida Binti Abdul Jamil                                                                                                                                                                                                                                       Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov