Kejohanan Boling Tertutup Jabatan Pendaftar UMP 2017
Pada 21 Oktober 2017 (Sabtu), jam 10.00 pagi telah berlangsungnya Kejohanan Boling Tertutup Jabatan Pendaftar bagi tahun 2017 yang diadakan di Mega Lanes, Megamall Kuantan. Kejohanan ini disertai oleh 12 kumpulan yang terdiri daripada staf dan alumni Jabatan Pendaftar.
Kejohanan ini adalah merupkan kali kedua dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Kelab Sumber Manusia (KESUMA). Tujuan utama kejohanan diadakan untuk menyemarakkan semangat kesukanan di samping mengeratkan hubungan antara staf-staf dan alumni Jabatan Pendaftar.
Pada kemuncak kejohanan ini menyaksikan kumpulan Otai Masih Bermisai menjuarai Kejohanan Boling Tertutup sekaligus memenangi kumpulan paling sporting. Naib Johan dimenangi oleh kumpulan Patin C’wok dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Kasi Redah. Tempat keempat (saguhati) dimenangi oleh kumpulan Lucky Strike dan tempat kelima (saguhati) dimenangi oleh kumpulan 3 Budak Nakal. Encik Rozmillah Bin Othman (BPA) dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik manakala Puan Intan Azwani Bt Azmi (BPA) dinobatkan sebagi Pemain Wanita Terbaik. Kejohanan boling tersebut tamat pada jam 12.30 tengahari dengan jayanya.
Detik-detik sepanjang kejohanan berlangsung.
Disediakan oleh : Nor Farrah Waheeda Binti Zulkifly Bahagian Pengurusan Sumber Manusia