Official Portal

REGISTRY

Majlis Doa Selamat Bagi Staf UMP Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji Pada Tahun 2017

Pada 17 Julai 2017, pihak Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Doa Selamat Bagi Staf Ump Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji Pada Tahun 2017/1438h pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan staf UMP dan sekali gus memberi sumbangan kepada para staf yang akan menunaikan haji. Seramai lapan orang staf UMP yang akan menunaikan haji antaranya ialah Puan Syarifah Azlin Binti Syed Yusop, Dr. Nor Yazi Binti Khamis, Dr. Nurul Aini Binti Mohd Azman, Encik Muhammad Hasyir Bin Sunoto, Dr. Mohamad Rizza Bin Othman, Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman dan Encik Azwin Arif Bin Abdul Rahim.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YH. Dato’ Dr. Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim, Naib Canselor UMP dan Encik Abdul Hamid Bin Majid, Pendaftar UMP.

 

rsz 1

 

Detik-detik sepanjang majlis.

 

2

3

 

Detik-detik sepanjang sesi penyampaian sumbangan kepada staf yang akan menunaikan haji.

 

4

6 

 

Selepas tamat sesi penyampaian sumbangan kepada staf yang akan menunaikan haji, majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Sallehudin Bin Md Derus. Majlis tersebut tamat pada jam 4.30 petang dan diakhiri dengan jamuan makan. 

 

8

 

 Disediakan oleh : Nur Syafika Binti Abdul Aziz                                                                                                                                                                                                                                                  Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov