Portal Rasmi

JABATAN PENDAFTAR

Latar Belakang Jabatan Pendaftar

Jabatan Pendaftar ditadbir urus untuk mengendalikan hal-hal pentadbiran umum, pengurusan & pembangunan sumber manusia dan hal ehwal akademik. Bagi memastikan perancangan, pengurusan dan urusan pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan dan cekap, terdapat lima (5) bahagian di bawah struktur Jabatan Pendaftar iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pentadbiran UMP Kampus Gambang.

Bahagian-bahagian ini bertanggungjawab membawa kemajuan dan pembangunan organisasi serta melahirkan pekerja yang berdedikasi, bergerak seiring dan berinteraksi antara satu sama lain terutama berkaitan dengan kawalan mutu perkhidmatan, produktiviti dan kelicinan operasi.

Bersesuaian dengan usaha gigih untuk melahirkan kakitangan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan, bertanggungjawab, berkeupayaan tinggi untuk kecemerlangan dalam perkhidmatan, maka pihak kami berharap mendapat maklum balas membina yang akan dapat dijadikan penambahbaikan dan memenuhi kehendak pelanggan.

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov