Portal Rasmi

JABATAN PENDAFTAR

TENTANG KAMI

Penubuhan Jabatan Pendaftar bermula dengan bermulanya penubuhan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTMKCP) yang beroperasi di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) ini adalah hasil cetusan idea YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah bersetuju menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Negeri Pahang Darul Makmur dan dinamakan KUKTEM yang kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang (UMP).

     Jabatan perkhidmatan awam  Malaysian Qualifications Agency logo mampuLogo MOF Perbendaharaan Malaysia  my gov